Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

198) Subsidi Bil Air Sekolah-Sekolah Pasca COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan subsidi air melalui Air Selangor kepada semua sekolah-sekolah di dalam Negeri Selangor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mempertimbangkan untuk memberi subsidi air kepada sekolah-sekolah di dalam Negeri Selangor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa. Pihak sekolah yang menghadapi masalah pembayaran bil air sekiranya berlaku peningkatan bil luar biasa, bolehlah berhubung terus dengan pihak Air Selangor untuk mendapatkan kaedah penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.