Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

113) SUBSIDI PEMBELIAN SUSU FORMULA DAN LAMPIN BAYI KEPADA GOLONGAN B40 YANG SUSAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan satu skim subsidi harga bagi keluarga B40 yang susah untuk membeli subsidi susu formula dan lampin bayi yang semakin mahal sekarang ini?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan skim subsidi susu formula dan lampin bayi kepada golongan keluarga B40. Walau bagaimanapun, sekiranya golongan ini didapati memenuhi syarat yang melayakkan mereka menerima manfaat Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setempat adalah disyorkan untuk mengemukakan dan membantu mendaftarkan mereka sebagai penerima Program KISS.

    Melalui Program KISS, mereka boleh menggunakan kad KISS untuk membeli barangan keperluan asas mereka seperti beras, bihun, roti, biskut, telur, garam, gula, tepung, minyak masak, buah-buahan, sayur-syuran, daging ayam, lembu, ikan, kambing, kelengkapan mandian, bahan pencuci, barangan persekolahan, lampin pakai buang dan produk tenusu yang menjadi keperluan harian.

    Selain itu, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut menyediakan pelbagai bantuan yang bersesuaian kepada golongan kurang berkemampuan dan layak sekiranya mereka memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.