Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

78) SUKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan kerajaan negeri dalam menangani kesuraman aktiviti sukan antarabangsa di Selangor di samping memaksimumkan penggunaan kelengkapan yang kita ada seperti Stadium Shah Alam dan sebagainya, Huraikan

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa
    bekerjasama dengan Persatuan-persatuan Sukan Negeri Selangor membuat
    perancangan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan peringkat negeri,
    kebangsaan dan antarabangsa.
    Penganjuran kejohanan biasanya dibincangkan bersama Persatuan-persatuan
    Sukan Kebangsaan selain Majlis Sukan Negara. Pihak Majlis Sukan Negeri
    mahupun Persatuan Sukan Negeri sentiasa bekerjasama dan mencari peluangpeluang bagi penganjuran kejohanan-kejohanan yang difikirkan sesuai dengan
    bantuan dan peruntukan yang disediakan sama ada oleh Persatuan Sukan
    Kebangsaan ataupun Majlis Sukan Negara.
    Kejohanan-kejohanan peringkat negeri ada dianjurkan oleh persatuan-persatuan
    negeri dan mendapat bantuan kewangan dari Majlis Sukan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.