Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

72) SUKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan golongan belia terlibat dalam kegiatan sukan di Negeri Selangor ?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama
    dengan Persatuan-persatuan Sukan Negeri Selangor membuat perancangan untuk
    menganjurkan kejohanan-kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
    Penganjuran kejohanan biasanya dibincangkan bersama Persatuan-persatuan Sukan
    Kebangsaan selain Majlis Sukan Negara. Pihak Majlis Sukan Negeri mahupun
    Persatuan Sukan Negeri sentiasa bekerjasama dan mencari peluang-peluang bagi
    penganjuran kejohanan-kejohanan yang difikirkan sesuai dengan bantuan dan
    peruntukan yang disediakan sama ada oleh Persatuan Sukan Kebangsaan ataupun
    Majlis Sukan Negara.
    Kejohanan-kejohanan peringkat negeri ada dianjurkan oleh persatuan-persatuan negeri
    dan mendapat bantuan kewangan dari Majlis Sukan Negeri.
    Melalui Jawatankuasa Tetap Sukan juga, kerajaan negeri turut menganjurkan sukan
    massa seperti Kejohanan Futsal Padang Jelajah Selangor yang diadakan di peringkat
    PBT dan Negeri pada baru-baru ini. Penggerak-penggerak Belia Tempatan di peringkat
    Zon juga turut menjalankan pelbagai program sukan seperti futsal, badminton, bola
    sepak 9 sebelah, bola jaring dan lain-lain sukan yang berskala kecil di Zon masingmasing bagi tujuan menggalakkan pembangunan sukan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.