Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

72) SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melahirkan bakat-bakat baru dan memperkasakan sukan negeri.

    Dalam memperkasakan sukan di negeri Selangor, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa peka atas perkara tersebut dan telah merangka langkahlangkah perancangan pembangunan sukan strategik yang dibahagikan kepada dua segmen, iaitu perancangan strategik jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

     

    • Perancangan jangka masa pendek yang dimaksudkan adalah untuk menyediakan satu kontinjen yang mantap ke SUKMA 2010. Ini adalah hasil daripada persediaan dari perancangan jangka masa panjang yang lalu manakala perancangan strategik jangka masa panjang, objektif utama adalah untuk melahirkan lebih banyak atlet dan bakat baru agar isu ketandusan atlit tidak berlaku. Ini akan dilaksanakan melalui pendekatanpendekatan seperti berikut  :

     

    • Mengenal pasti dan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan sukan di negeri ini dan seterusnya menyelaras dan mengkoordinasi program-program sedia ada agar segala ”resources” dapat digunakan dengan lebih efisien.

     

    • Melaksanakan model pembangunan sukan di negeri ini agar semua agensi terlibat dan atlet-atlet dapat mengenal pasti hala tuju mereka dalam sukan.

     

    • Merancang dan melaksanakan program ”Majlis Sukan Daerah-daerah” yang lebih mantap dan efisien agar pembangunan sukan di akar-umbi dapat diaplikasikan dengan lebih menyeluruh dan kompetitif.

     

    • Pembangunan Persatuan-persatuan Sukan di peringkat negeri juga adalah satu aspek yang penting dan pihak MSNS sentiasa memberi bantuan dari segi kewangan dan teknikal untuk mereka melahirkan lebih banyak atlit-atlit baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.