Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

25) SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rancangan Tempatan Morib Tg. Sepat 2005-2020 telah dilancarkan. Bilakah akademik sukan layar akan dilaksanakan di kawasan Pantai Batu Laut?

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah membantu dalam Pembangunan Sukan
    Layar melalui Persatuan Sukan Layar Selangor sejak kebelakangan ini.
    Antaranya membina ‘ramp’ di pangkalan latihan Batu Laut dan membekalkan peralatan-peralatan sukan layar termasuk bot untuk latihan dan menyertai kejohanan. Buat masa ini Majlis tidak bercadang untuk mengwujudkan Akademi Sukan Layar secara persendirian tetapi akan membantujika pihak Majlis Sukan Negara menempatkanAkademi tersebut di Batu Laut.

    ( Untuk makluman : Majlis Sukan Negara telah mengenal pasti lima (5) buah
    negeri iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kedah, Johor dan Terengganu untuk
    menubuhkan Akademi Sukan Layar. Majlis Sukan Negeri Selangor dan
    Persatuan Sukan Layar Selangor memohon agar akademi ini dapat ditempatkan di Negeri Selangor. Usaha mendapatkan tapak dan peruntukan dari Kerajaan telah dibuat, tetapi pihak Majlis Sukan Negara masih tidak memberi jawapan kepada permohonan ini). Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat juga telah menggazetkan kawasan seluas lebih kurang 2 ekar di Batu Laut bagi tujuan ini. Pejabat Menteri Besar pada tahun 2007 telah menyalurkan peruntukan RM 200,000.00 kepada Pejabat Daerah Kuala Langat bagi membina sebuah Pejabat Persatuan Sukan Layar Selangor. Pejabat tersebut sudah siap dibina tetapi belum digunakan kerana masih memerlukan peruntukan untuk kerja-kerja
    dalaman (interior-partition)

Lampiran

Tiada Lampiran.