Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

89) SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Negeri Selangor telah mengekalkan kejayaan dalam Sukan Malaysia buat kali ke enam berturut-turut. Apakah dasar aktiviti Sukan Negeri Selangor yang dilaksanakan?

    Dasar Sukan Negeri Selangor ialah :-

    i. Matlamat Negeri untuk mewujudkan satu masyarakat yang sihat, cergas,
    bersepadu berdisiplin serta produktif dan seterusnya melahirkan satu generasi yang ahli sukan yang berwibawa untuk mengharumkan nama serta mempertingkatkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    ii. Melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
    pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan, Persatuan Sukan Negeri dan Majlis Sukan Daerah, Institusi Pengajian Tinggi, badan-badan sukarela serta orang-orang perseorangan mengamalkan Sukan sebagai satu budaya.

    iii. Dalam hal ini dua agensi yang memainkan peranan melaksanakan tugas
    dan tanggungjawab iaitu:-

    1. Majlis Sukan Negeri Selangor peneraju sukan prestasi tinggi yang bermatlamat untuk melahirkan atlet-atlet dalam pertandingan peringkat negeri hingga antara bangsa dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persatuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik.

    2. Jabatan Belia dan Sukan sebagai pelaksana Sukan Massa yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.