Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

57) SUKAN DAN MASJID

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan keseimbangan antara Sukan dan Masjid supaya kedua-duanya mencapai matlamat?

    Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keseimbangan antara Sukan dan Masjid supaya kedua-duanya mencapai matlamat ialah menjadikan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat di mana tumpuan diberikan kepada golongan belia dan remaja disebabkan golongan ini terlalu kurang berada di masjid jika dibandingkan dengan golongan warga emas. Seterusnya, belia dan anak-anak muda juga tidak dapat dipisahkan dengan sukan. Oleh sebab itu, salah satu usaha pihak Masjid untuk menggalakkan kehadiran golongan belia ke masjid ialah dengan mewujudkan program- program sukan di Masjid di mana kesempatan ini boleh digunakan untuk mentarbiah dan mendidik mereka ke arah belia yang lebih berwawasan dan seimbang dari segi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini menunjukkan bahawa bersukan bukanlah merupakan satu alasan kepada mereka untuk tidak beribadat.

Lampiran

Tiada Lampiran.