Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

140) SUKAN DAN REKREASI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk memajukan sukan bagi setiap daerah?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah mewujudkan Majlis Sukan Daerah yang bertanggungjawab menjalankan program–program pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Jenis–jenis peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Daerah untuk memajukan sukan adalah seperti berikut:-

    Penyediaan Pasukan Daerah untuk Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) yang diadakan setiap dua tahun sekali. ii. Program Pembangunan di bawah Majlis Sukan Daerah (MSD) iii. Program Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD) iv. Akademi Bolasepak Merah Kuning Daerah – daerah (ABMK)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.