Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

83) SUKAN LAYAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia membantu menyediakan kemudahan prasarana pusat latihan sukan perahu layar di Pantai batu Laut?

    Sukan Perahu Layar merupakan salah satu sukan yang diletakkan di bawah Program Pembangunan Sukan di Negeri Selangor. Pusat Latihan Sukan Perahu Layar merupakan sebuah pursat latihan yang dibangunkan oleh Persatuan Sukan layar Negeri Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor semenjak tahun 2000 Saban tahun sukan ini sentiasa melahirkan atlet yang cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah hingga ke pringkat antarabangsa. Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau kemudahan prasarana bagi membolehkan atlet berlatih dengan sempurna. Sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membantu menyediakan kemudahan untuk berlatih iaitu ramp untuk memudahkan laluan bot ke laut pada 2007. Malah pada tahun 2015 Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan bagi menaiktaraf ramp di Pusat Perahu Layar Pantai Batu Laut ini. Kerajaan Negeri juga sentiasa menaik taraf peralatan-peralatan latihan dan kejohanan termasuklah pembelian bot-bot baru mengikut keperluan atlet. Terbaru, Persatuan ini telah dibekalkan dengan Sembilan (9) buah bot baru untuk digunakan semasa Sukan Malaysia yang lalu.

Lampiran

Tiada Lampiran.