Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

2) SUKAN PERAHU LAYAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dalam memberi sokongan kepada aktiviti Sukan Perahu Layar?

    Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dalam memberi sokongan kepada aktiviti Sukan Perahu Layar yang juga merupakan persatuan sukan negeri yang bergabung dengan Majlis Sukan Negeri Selangor. Antara program yang dilaksanakan untuk sukan ini adalah program pembangunan atlit-atlit pelapis negeri di bawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dari Majlis Sukan Negara, program pembangunan tahunan dari Majlis Sukan Negeri Selangor untuk menyertai kejohanan, program binaan seperti bengkel,klinik dan juga kem. Selain itu juga, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor juga memperuntukkan bantuan kewangan khusus untuk program SUKMA yang meliputi penyertaan ke kejohanan yang lebih banyak, latihan intensif dan juga program – program binaan yang khusus kepada sukan ini. Program SUKMA adalah program latihan berterusan untuk peningkatan prestasi pungutan pingat di kejohanan SUKMA.

Lampiran

Tiada Lampiran.