Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

213) SUKAN SELANGOR PLUS 2016

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah diperuntukkan penganjuran sukan peringkat negeri?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan generasi muda dan sukan dalam usaha untuk melahirkan generasi muda yang aktif, sihat dan berdaya saing sebagai agen penggerak kepada pembangunan Negeri pada masa akan datang. Sehubungan itu, Program Grand Finale Liga Sukan Selangor Plus 2016 telah dirancang dan akan diadakan pada 13 November 2016 bertempat di Kompleks Sukan Matshushita Seksyen 20, Shah Alam yang mampu untuk menarik lebih ramai penglibatan daripada generasi muda dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Justeru itu, peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Program Liga Sukan Selangor Plus 2016 adalah sebanyak RM138,230.00. Melalui penganjuran tersebut, sebanyak 18 DUN telah menyahut seruan dan berjaya melaksanakannya di peringkat DUN masing-masing dan akan menyertai Program Grand Finale Selangor Plus akan datang.

    Sebanyak 5 jenis sukan yang akan dipertandingkan iaitu seperti berikut :-

    • Futsal
    • Bola Jaring 3 On 3
    • Bola Keranjang 3 On 3
    • Tarik Tali
    • Sepak Takraw Antara Regu

    Seterusnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus kepada DUN sebaliknya peruntukan Ahli Dewan Negeri perlu digunakan bagi tujuan penganjuran program tersebut dan perancangan awal hendaklah dibuat oleh semua  Ahli Dewan Negeri dengan memasukkan Program Liga Sukan Selangor Plus sebagai acara tahunan di kawasan masing-masing selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Dengan adanya penyertaan yang menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, ianya akan memberi satu kekuatan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk meneruskan program ini pada tahun 2017 di samping dapat mengembangkan dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke peringkat lebih tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.