Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

227) SUKAN SUKMA 2018

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Selangor berpuas hati dengan prestasi atlet SUKMA yang berlangsung di Perak dan apakah usaha untuk memajukan dan memperkasa semua jenis sukan untuk SUKMA yang akan datang?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor berpuas  hati dengan pencapaian dan prestasi atlet SUKMA yang berlangsung di Perak sungguhpun Negeri Selangor merupakan kelompok utama (kedudukan 3 teratas). Ini adalah kerana Negeri Selangor sentiasa berada di tahap yang terbaik. Kontinjen Negeri Selangor sentiasa memungut pingat terbanyak dan sentiasa berada di kelompok 5 teratas setiap kali SUKMA diadakan.

    Pelbagai perancangan yang telah dibuat oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor untuk program 2019-2020 dengan memberi tumpuan khas kepada sukan – sukan tumpuan iaitu sukan yang menawarkan pingat yang banyak disamping merancakkan lagi program latihan bagi menyumbang pingat emas dalam Temasya SUKMA 2020 yang akan diadakan di Negeri Johor nanti. Antara perancangan seterusnya adalah pihak Majlis akan memberi banyak kursus dan bengkel kepada jurulatih tentang kepentingan Sains Sukan dalam program latihan dan ini akan dijalankan bersama dengan pihak universiti yang mempunyai pakar – pakar sukan. Selain itu juga, pihak Majlis sedang mengkaji semula elaun atlet yang lebih memberansangkan untuk diperkenalkan kepada atlet -atlet tumpuan. Program tindik juga akan diperbanyakkan lagi pada tahun 2019 nanti supaya atlet – atlet ini menimba pengalaman dan matang dalam kejohanan seterusnya meningkatkan  lagi tahap keyakinan diri untuk SUKMA 2020 nanti.

Lampiran

Tiada Lampiran.