Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

79) SUKAN SUKMA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ganjaran atau insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk ahliahli atlet sukan yang telah berjaya mengharumkan nama Selangor dalam Sukan Sukma baru-baru ini?

    Pada Sukan Malaysia 2016 yang lalu, Negeri Selangor telah menjadi juara keseluruhan buat kali ke-9 dengan memenangi sebanyak 61 pingat emas, 71 pingat perak dan 63 pingat gangsa.

    Antara insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) kepada atlet, pengurusan pasukan dan pihak persatuan sukan negeri yang berjaya memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Kejohanan Sukan Malaysia 2016 adalah seperti berikut :-

     

    KATEGORI PINGAT
    INDIVIDU Emas Perak Gangsa
    5,000.00 2,000.00 1,000.00
    PASUKAN KURANG (<) 5 ORG Emas/

    Pasukan

    Perak/

    Pasukan

    Gangsa/

    Pasukan

    3,000.00 800.00 500.00
    PASUKAN LEBIH (>) 5 ORG Emas/

    Individu

    Perak/

    Individu

    Gangsa/

    Individu

    2,000.00 700.00 400.00
    PENGURUSAN PASUKAN Emas Perak Gangsa
    2,000.00 750.00 500.00
    PERSATUAN Emas Perak Gangsa
    2,000.00 750.00 500.00

    Insentif kepada pencatat rekod baru :-

    KATEGORI JUMLAH

    (RM)

    Rekod Baru Kebangsaan 4,000.00 / setiap pingat
    Rekod Baru SUKMA 2,000.00 / setiap pingat

    Bagi SUKMA 2016 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM 1,133,500.00 bagi bayaran insentif kepada pemenang pingat, pengurusan pasukan dan persatuan, hasil daripada memenangi johan keseluruhan sebanyak 61 pingat emas, 71 pingat perak dan 63 pingat gangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.