Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

212) SUKAN TRADISONAL GASING KAMPUNG LABOHAN DAGANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan permainan tradisional sukan gasing?

    Pihak kerajaan negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, buat masa kini lebih kepada mempromosi permainan gasing kampung di dalam program Muzium dan Komuniti di mana pihak PADAT turun ke setiap daerah. Walau bagaimanapun pihak persatuan Gasing Selangor telah datang dan berbincang bagi mengadakan satu kejohanan pertandingan gasing tradisional peringkat Negeri Selangor. Jika segala perancangan telah diatur, pertandingan ini akan dapat dianjurkan. Pihak PADAT juga pernah menganjurkan kejohanan gasing pangkah di Kapar, Klang pada tahun 2012, dan pertandingan ini akan dibawa ke Daerah lain jika mempunyai sambutan yang baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.