Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

8) SUKAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selangor kini tertinggal dalam bidang sukan khususnya kepada Negeri Terengganu dan Johor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk kembali menjadi jaguh dalam sukan bola sepak, sukan air, padang dan balapan?

    Perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor adalah dengan merangka program pembangunan sukan dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri khususnya dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

    Antara program-program yang dijalankan adalah Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD) bagi sukan padang dan balapan manakalan Akademi Bolasepak Merah Kuning dilaksanakan di semua daerah Negeri Selangor.

    Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah pada masa ini mempunyai sebanyak 36 pusat latihan dari pelbagai jenis sukan di daerah masing-masing dan 7 pusat latihan daripadanya adalah sukan balapan dan padang.

Lampiran

Tiada Lampiran.