Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

88) SUKMA 2012

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk persediaan SUKMA 2012 mengikut setiap kategori sukan?

    Untuk SUKMA 2012 kali ini, sukan yang dipertandingkan adalah sebanyak 24 jenis sukan iaitu:

    Angkat Berat Bolasepak Badminton Akuatik Berbas ikal Bola Tampar Ekuestrian Gimnastik
    Golf Hoki Karate-Do Boling

    Padang

    Mema nah Menem bak Olahraga Pencak

    Silat

    Perahu Layar Petanque Sepak Takraw Skuasy Taekw ando Tenpin Bowling Tinju Wushu

    Setiap sukan ini telah diperuntukkan sebanyak RM 50,000.00 setahun setiap sukan. Peruntukkan ini adalah merangkumi persediaan pasukan yang meliputi penyewaan venue latihan, bayaran gaji/elaun jurulatih, menyertai kejohanan, elaun latihan dan program latihan intensif. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk setiap pasukan adalah RM 1.2 juta. Jumlah ini tidak termasuk peralatan latihan dan kejohanan serta pakaian kejohanan SUKMA.

    Untuk perbelanjaan peralatan dan pakaian kejohanan, pada SUKMA kali ini adalah sebanyak RM 443,035.95 untuk kegunaan sukan-sukan seperti di atas. Kerajaan negeri juga telah menambah perbelanjaan peralatan kepada sukan yang yang melibatkan perbelanjaan peralatan besar melebihi RM 150,000.00 iaitu sukan menembak, perahu layar dan berbasikal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.