Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

153) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah sumbangan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor kepada kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2017 - 2019.

    Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri untuk menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu tabung amanah telah diwujudkan bagi tujuan tersebut dengan jumlah sasaran kutipan sebanyak RM58.65 juta.
    Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana pembayaran dibuat secara terus oleh Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri kepada program/aktiviti Kerajaan Negeri pada tahun kewangan tersebut.

    Sebelum tahun 2019, sebahagian besar pembayaran sumbangan oleh Anak-Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dibuat secara terus kepada Program dan Aktiviti Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan Program CSR (Corporate Social Responsibilities) masing-masing.

    Jumlah sumbangan oleh Anak-Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan 2017 sehingga 2019 adalah seperti berikut:-

    Tahun 2017 : RM 71,698,566.40
    Tahun 2018 : RM 70,299,876.59
    Tahun 2019 : RM103,799,176.12

Lampiran

Tiada Lampiran.