Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

69) SUMBANGAN CSR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak sumbangan CSR yang telah diberi oleh setiap satu anak-anak syarikat Kerajaan Negeri pada tahun 2008 dan 2009?

    MSNS HOLDINGS SDN BHD

    • Tidak berkenaan

     

    1. SSIC BERHAD
    • Tidak berkenaan

     

    1. YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
    • Tahun 2009 : Sumbangan sebanyak RM 218,600 kepada 2,186 ahli TAWAS yang layak (RM100 untuk setiap ahli TAWAS).

     

    1. RANTAIAN MESRA SDN BHD
    • Tidak berkenaan

     

    1. TOURISM SELANGOR SDN BHD
    • Tahun 2008 : RM1,000.00 Tahun 2009 : RM1,000.00

     

    1. BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD
    • Tidak berkenaan

     

    1. COMMUNICATION CORPORATION SDN BHD
    • Tidak berkenaan

     

    1. KUMPULAN SEMESTA SDN BHD
    • Tidak berkenaan

     

    1. PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD
    • Sekolah Angkat

    UNISEL kini mempunyai 9 sekolah angkat di Sembilan daerah di seluruh negeri Selangor. Pemilihan sekolah berdasarkan prestasi atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan yang dijalankan dan kedudukan ekonomi ibu

     

    bapa pelajar. Aktiviti yang dijalankan untuk kepentingan pelajar di Sekolah Angkat yang kebanyakan berada di kawasan luar bandar ialah memberi tuisyen percuma, kegiatan gotong- royong, lawatan ke UNISEL, program motivasi dan sebagainya.

     

    • Program CSR bersama MBSA dan warga Pangsapuri Shah Alam

     

    Untuk makluman, UNISEL pada dasarnya bersetuju mengambil Pangsapuri Nilam Sari Blok 55, Jalan Plumbun 7/100 Shah Alam sebagai “anak angkat” sesuai dengan konsep obligasi sosial CSR. Beberapa program kemasyarakatan dirancang untuk membantu warga pangsapuri berkenaan. Antara yang sedang dijalankan ialah Program Tuisyen dan English Is Fun.

     

    • Gotong – royong dan mengecat bangunan sekolah sekitar Shah Alam

     

    Program ini dijalankan setiap kali pengambilan pelajar baru kegiatan komuniti bersama rakyat setempat. Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam, Sekolah Pendidikan Khas Seksyen 18 Shah Alam, Sekolah Kebangsaan Seksyen 3 Shah Alam dan masjid & tanah perkuburan Padang Jawa Klang.

     

    1. KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

    Tahun 2008 : RM 70,122,966

    Tahun 2009 : RM 55,768,846

     

    1. PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD

    Tahun 2008 : RM 5,625,630.84

    Tahun 2009 : RM 607,157.50

Lampiran

Tiada Lampiran.