Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

164) SUMBANGAN CSR PEMAJU KAWASAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sumbangan pemaju dalam bantuan CSR di dalam kawasan DUN?

     

    Sebagai makluman, segala projek dan program yang dijalankan dengan usahasama pihak LBS di pusat pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan hendaklah merangkumi dan memenuhi objektif terhadap empat elemen utama iaitu :-

     

    1. Pendidikan
    2. Komuniti
    • Alam Sekitar
    1. Kesihatan

     

    Sepanjang tempoh selepas MOU tersebut ditandatangani, berikut merupakan beberapa pembangunan dan program yang telah dijalankan dan kos pelaksanaan adalah di bawah tanggungjawab pihak LBS sepenuhnya.

    Bil Projek / program Tarikh Elemen
    1. Klinik persediaan UPSR untuk pelajar tahun 6 komuniti Kampung Kuantan tahun 2018  

    18 – 19 Ogos 2018

    Komunti/ Alam Sekitar/ Pendidikan
    2. Pembinaan semula kaunter tiket dan pintu masuk Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Julai 2018 – sekarang CSR /Komuniti / Alam sekitar /
      Program berbuka puasa bersama pendayung 15 Mei 2019 Komuniti
    3. Sistem jualan tiket secara online Pemasangan sistem pada 25 Jun 2019 CSR / Komuniti / Alam sekitar
    4. Melaksanakan Program Hari Kelip-Kelip Sedunia tahun 2109 6 Julai 2019 Komuniti / Alam Sekitar / Pendidikan / Kesihatan

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.