Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

58) SUMBANGAN KEPADA NGO DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah telah terdapat program sokongan atau pemberian geran tertentu kepada badan-badan sukarelawan seperti Bomba Sukarela dalam Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil sikap yang terbuka dan rasional terhadap pandangan dan idea yang membina daripada golongan badan bukan kerajaan (NGO) serta sentiasa mengiktiraf peranan serta sumbangan mereka dalam usaha membangunkan Negeri Selangor.

    Bermula tahun 2014, melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 18/2014 yang diadakan pada 21 Mei 2014 dan disahkan oleh MMKN Ke 19/2014 pada 4 Jun 2014, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM500,000.00 di bawah vot Program Pemberian Sumbangan Kepada Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) pada setiap tahun dengan nilai sumbangan RM5,000.00 bagi setiap permohonan daripada NGO.

    Pemberian sumbangan ini diteruskan dan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 18/2016 yang bersidang pada 1 Jun 2016 dan disahkan pada di Mesyuarat MMKN Ke 19/2016 pada 8 Jun 2016, peruntukan sejumlah RM500,000.00 di bawah kod P.01-08003-Bantuan NGO telah diagihkan dan diberikan secara sama rata kepada lima (5) portfolio di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Negeri sebanyak RM100,000.00 bagi setiap portfolio yang terlibat bagi setiap tahun adalah seperti berikut :-

    BIL PORTFOLIO PERUNTUKAN
    1. Kerajaan Prihatin RM100,000.00
    2. Kebajikan RM100,000.00
    3. Pembangunan Generasi Muda RM100,000.00

     

    BIL PORTFOLIO PERUNTUKAN
    4. Pendidikan RM100,000.00
    5. Hal Ehwal Agama Islam RM100,000.00
    JUMLAH RM500,000.00

     

    Secara tidak langsung, pemberian bantuan NGO ini dapat menunjukkan penglibatan dan sokongan serta memperluaskan jaringan komunikasi antara Kerajaan Negeri dengan NGO yang berkaitan dalam melaksanakan aktiviti atau program kebajikan yang telah dirancang.

    Melalui program ini, kelulusan sesuatu permohonan adalah berdasarkan kriteria kelayakan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam garis panduan penggunaan peruntukan Bantuan NGO seperti berikut :-

    • Tujuan penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mestilah bertujuan kebajikan dan tidak berorientasikan
    • Sumbangan oleh Kerajaan Negeri kepada NGO tidak melebihi RM5,000.00 selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
    • Permohonan yang melibatkan kepentingan NGO dan kurang memberi manfaat kepada masyarakat setempat akan ditolak dan tidak akan Contohnya: Lawatan sambil belajar atau majlis makan malam hanya untuk ahli NGO sahaja.
    • Setiap Badan Bukan Kerajaan (NGO) hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja dalam tempoh
    • Segala bentuk permohonan yang melibatkan aktiviti keagamaan adalah tidak layak memohon.
    • Permohonan oleh kelab-kelab di bawah Universiti yang menggunakan satu akaun yang sama adalah layak memohon.
    • Permohonan yang dikemukakan oleh DUN / Parlimen / JKK / Pembangunan Luar Bandar (PLB) adalah tidak layak untuk

     

Lampiran

Tiada Lampiran.