Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

78) SUMBANGAN KEPADA NGO DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat sumbangan atau peruntukan kepada NGO-NGOÊIslam yang berdaftar bagi menyemarakkan lagi aktiviti mereka?

    Sumbangan atau peruntukan kepada NGO-NGO Islam yang berdaftar:-

    • Sumbangan yang diberikan NGO Islam ialah dikenali sebagai Dana Bantuan yang diberikan dalam bentuk kewangan menggunakan peruntukan zakat semasa yang diberi kepada mana-mana NGO Islam yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); dan
    • NGO Islam yang berdaftar di bawah MAIS adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh MAIS di bawah peruntukan Garis Panduan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Negeri Selangor (MAIS) 2014/1435, di mana MAIS boleh memperuntukkan sejumlah Dana Bantuan dari peruntukan zakat semasa kepada NGO-i (MAIS) setelah Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan berpuas hati dengan:
    1. Peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh NGO-i (MAIS) dalam membantu Majlis serta agensi agama di bawah Majlis; dan
    2. Penilaian prestasi keberkesanan program yang

    Tambahan:

    • Peruntukan yang diberikan:
    • 2017 –           RM1.13 juta
    • 2018 –           RM1.13 juta
    1. Jumlah NGO Islam yang berdaftar dengan MAIS ialah 93

     

Lampiran

Tiada Lampiran.