Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

152) SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pertubuhan bukan kerajaan yang telah menerima sumbangan dan amaun yang diterima dari Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2015 - 2016.

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin di dalam menyalurkan apa jua bentuk bantuan kepada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini yang dilihat banyak membantu dalam usaha ke arah kebajikan. Justeru itu, Program Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah satu bentuk program bantuan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu NGO-NGO berdaftar di bawah R.O.S (Register of Society) untuk terus melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan membantu menaikkan nama Negeri Selangor untuk terus dikenali sebagai negeri berkebajikan. Di bawah program ini, sumbangan yang diberikan adalah berbentuk cek dan jumlah sumbangan akan ditentukan berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan yang diurusetiakan oleh pihak Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Bermula tahun 2014, had maksimum bagi setiap permohonan NGO adalah sebanyak RM5,000.00 bagi tempoh setahun bergantung kepada objektif pelaksanaan program yang dianjurkan bagi tujuan pengawalan peruntukan sedia ada. Di bawah program ini, kelulusan sesuatu permohonan adalah berdasarkan kelayakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan dipersetujui Ahli Jawatankuasa.

    Sejak tahun 2015 sehingga Oktober 2016, Kerajaan Negeri telah membantu seramai 270 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan membelanjakan peruntukan berjumlah RM892,000.00. Berikut adalah merupakan data penerima-penerima sumbangan di bawah Program Pemberian Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari tahun 2015 sehingga Oktober 2016 adalah seperti di LAMPIRAN.

Lampiran

Tiada Lampiran.