Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

12) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak penubuhannya sehingga Ogos 2009, PNSB telah mengeluarkan sejumlah RM110,557.40 sumbangan kepada PEKAWANIS: Bagaimanakah sumbangan ini disalurkan; adakah secara pembayaran langsung atau dimasukkan dahulu ke dalam akaun PEKAWANIS?

    Pembayaran sumbangan kepada PEKAWANIS disalurkan dengan tiga cara iaitu :
    1) Bayaran dibuat terus kepada PEKAWANIS melalui ‘Telegrafic Transfer’ ke dalam
    Akaun PEKAWANIS.
    2) Bayaran dibuat terus kepada pembekal yang telah menyediakan
    perkhidmatan/bekalan bagi menjayakan program-program PEKAWANIS.
    3) Bayaran dibuat secara tunai terus kepada penerima yang dikenal pasti oleh
    PEKAWANIS. Contohnya: anak-anak yatim / warga emas / ibu tunggal / orang fakir
    dan miskin.

Lampiran

Tiada Lampiran.