Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

241) SUMBANGAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sumbangan wanita dalam pembangunan di Selangor?

    Wanita dan pembangunan memang tidak dapat dipisahkan. Setiap kejayaan dalam membangunkan sesebuah kerajaan antara penyumbang utamanya adalah golongan wanita.

    Wanita di Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung merupakan penyumbang kepada pembangunan Selangor. Antara sumbangan yang telah diberikan oleh wanita ialah dari segi sosioekonomi. Di mana wanita telah bekerja keras memerdekakan diri mereka ke arah ekonomi yang lebih baik dan terjamin. Dengan kejayaan wanita ini sekaligus membawa kepada peningkatan taraf hidup komuniti masyarakat di Selangor.

    Wanita juga menyumbang kepada pembangunan kualiti hidup masyarakat Selangor. Melalui usaha gigih, mereka berusaha untuk membawa keluar daripada belenggu kemiskinan.

Lampiran

Tiada Lampiran.