Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

40) SUMBER AIR MENTAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian insiden air mentah tercemar sepanjang lima tahun lalu sehingga mengakibatkan bekalan air bersih terjejas?

    Tindakan setiap insiden pencemaran air mentah yang berlaku sehingga menyebabkan bekalan air bersih terjejas adalah diselesaikan melalui Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar. Senarai insiden bagi lima tahun seperti berikut :

    TAHUN BILANGAN KES
    2010 2
    2011 8
    2012 20
    2013 16
    2014 20

     

    Peningkatan jumlah kes kecemasan pada tahun bermula tahun 2012 adalah disebabkan kes pencemaran yang berulang iaitu pencemaran kekeruhan dan Loji Pembersihan Air (LPA) yang terlibat adalah LPA Ampang Intake, LPA Pangsoon, LPA Sungai Rumput dan LPA Wangsa Maju. Punca kekeruhan di LPA ini adalah disebabkan hujan yang lebat di hulu sungai yang melibatkan kawasan hutan semulajadi. Beberapa inisiatif telah diambil bagi menangani masalah ini antaranya mengenalpasti kawasan-kawasan yang terdedah kepada risiko hakisan dan langkah-langkah kawalan perlindungan dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.