Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

233) SUMBER AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan menghadapi kekurangan bekalan air dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang?

    1. Permintaan terhadap air meningkat setiap tahun selari dengan kadar peningkatan penggunaan air yang dianggarkan 2.5% hingga 3.7% per tahun. Ini dapat dilihat  daripada data yang menunjukkan permintaan purata permintaan air di negeri Selangor pada tahun 2006 ialah 3780 JL/H meningkat kepada 3864.5 JL/H pada tahun 2008.  Walau bagaimanapun, kini keadaan masih terkawal memandangkan kapasiti loji bagi Negeri Selangor adalah 4256 JL/H.

     

    Daripada kajian yang dijalankan, unjuran peningkatan terhadap permintaan air dijangkakan akan meningkat sehingga 4335 JL/H pada tahun 2013. Jika sekiranya tiada perancangan atau langkah mitigasi dijalankan, kapasiti loji sedia ada di Negeri Selangor tidak dapat menampung permintaan tersebut dan  menyebabkan  pengurusan pembekalan air semakin kritikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.