Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

167) SUMBER HASIL PENDAPATAN BAHARU NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui anak-anak syarikat milik Kerajaan untuk meneroka sumber hasil pendapatan baharu buat negeri serta mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan hasil premium tanah?

    Kerajaan negeri telah menyediakan beberapa komponen inisiatif untuk mencipta aliran pendapatan yang baharu kepada negeri seperti:

    • Selangor Maritime Gateway (SMG), merupakan satu projek baru yang telah diluluskan pada Mac 2018 dengan pelantikan pelaksana projek Landasan Lumayan Sdn Bhd (syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor). Inisiatif jangka masa panjang ini berperanan meneroka potensi Sungai Klang di samping memastikan pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran yang mampan. Ia terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang.

     

    Projek ini akan mengenalpasti peluang pembangunan tanah baru sepanjang 56km Sungai Klang dengan zon-zon yang telah dikenalpasti untuk perumahan, komersil, kemudahan awam, taman dan projek pelancongan.

     

    • Dalam perangkaan ekonomi digital pula, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Smartsel Sdn Bhd sedang giat membina asas sokongan ke arah penggalakkan penyertaan kerajaan serta masyarakat dalam pembangunan ekonomi digital. Ini termasuklah dengan pembangunan rangkaian digital merangkumi pelan gentian optik (fiberisation) untuk mengoptimumkan infrastruktur digital dan memanfaatkan teknologi cloud untuk perniagaan mahupun pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri Selangor seperti dalam urusan tanah dan sebagainya, dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Selain itu pelbagai aplikasi serta projek perintis yang telah dikenalpasti, sedang diusahakan dan dilaksanakan termasuklah pembangunan aplikasi Smart Parking, Smart Selangor Pasar. Sistem Pembayaran Tanpa Tunai (Cashless System), serta program Epicentre dan Accelator yang akan menggalakkan pembangunan industri IT dan inovatif.

    • KDEB Waste Management Sdn Bhd juga sedang meneroka peluang ekonomi kitaran (circular economy) melalui kitaran semula sisa pepejal untuk penjanaan kuasa (waste to energy) dan penggunaan teknologi hijau yang membolehkan pembangunan ekonomi mampan selain menggalakkan penjagaan dan pemuliharaan persekitaran yang

     

    • MBI Selangor juga sudah memulakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Keretapi (Railway Asset Corporation) untuk meniliti sebarang peluang kerjasama dalam pembangunan tanah di sekitar negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.