Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

50) SUMBER MANUSIA /MODAL INSAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan sumber manusia di Selangor yang berpendidikan tinggi bagi tahun 2005-2009?

    umlah peratusan sumber manusia di Selangor yang berpendidikan tinggi pada tahun
    2005 – 2009, menurut sumber dari Penyiasatan Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan
    Malaysia (Selangor) adalah seperti berikut :
    Bil. Tahun Jumlah
    1 2005 610,000
    2 2006 624,300
    3 2007 646,000
    4 2008 627,400
    5 2009 738,100
    Jumlah ini adalah di dalam kategori tertier yang ditakrifkan sebagai golongan yang
    mencapai pendidikan tertinggi selepas tingkatan 5. Menurut Jabatan Perangkaan mulai
    tahun 2008 klasifikasi ini adalah mengikut konsep International Standard Classification
    Education (ISCED).

Lampiran

Tiada Lampiran.