Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

49) SUMBER MINERAL DAN GALIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pendapatan yang diperolehi dari sumber galian dan mineral negeri Selangor?

    Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan, jumlah kutipan bayaran royalti dari pengeluaran mineral perindustrian Negeri Selangor bagi tahun 2007 adalah sejumlah RM8.6 juta berbanding tahun 2006 sebanyak RM9.5 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.