Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

138) SUMBER PENDAPATAN BARU KERAJAAN NEGERI MELALUI SUMBANGAN KEWANGAN DARIPADA GLC DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendapatan yang disumbangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengikut anak-anak syarikat (GLC) Negeri Selangor melalui dasar menyumbangkan keuntungan syarikat sebagai sumber pendapatan baru Kerajaan Negeri Selangor?

    Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Anak Syarikat untuk menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu tabung amanah telah diwujudkan bagi tujuan tersebut.

    Sehingga kini, jumlah sumbangan yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan 2019 dan 2020 melalui tabung amanah ini adalah masing-masing berjumlah RM47,510,000.00 dan RM19,028,360.00.

    Susulan daripada kesan penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara dan global di mana perkara ini juga secara langsung telah menjejaskan kedudukan kewangan Anak Syarikat Kerajaan Negeri secara menyeluruh.

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri telah meneliti dan sedang merangka strategi masing-masing dalam menangani situasi ini bagi memastikan kedudukan kewangan dapat diperbaiki dan dipulihkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.