Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

219) SUMBER TENAGA JANA SEMULA (RENEWABLE ENERGY)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk sumber tenaga jana semula yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    1. Buat masa ini, hanya tenaga solar dikenal pasti untuk menjadi sumber tenaga yang sesuai di Negeri Selangor memandangkan cuaca di negara ini adalah panas sepanjang tahun. Tenaga daripada janakuasa hidro kecil juga dikenal pasti sebagai sumber tenaga yang berpotensi untuk memenuhi keperluan tenaga di terutamanya di kawasan-kawasan terpencil Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.