Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

211) SUNGAI BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencemaran Sungai Bernam?

     

    Pada masa ini tiada isu pencemaran yang kritikal di Sungai Bernam. Isu pencemaran yang pernah berlaku seperti kehadiran minyak dipermukaan air telah dapat dikawal bersama – sama agensi –agensi lain yang melibatkan Negeri Selangor dan Perak. Pihak LUAS telah membuat perancangan untuk mengadakan satu bengkel yang akan membincangkan berkaitan tadbir urus Lembangan Sungai Bernam termasuk isu – isu pencemaran di Sungai Bernam tersebut. Bengkel ini akan melibatkan agensi – agensi yang berkaitan di dalam Negeri Selangor dan Perak memandangkan Lembangan ini dikongsi oleh dua negeri tersebut. Bengkel ini akan dijalankan pada tahun ini yang akan dianjurkan sersama oleh pihak LUAS dengan kerjasama UPEN

     

    – Maklumat/Jawapan daripada JAS Selangor –

    Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor tidak memantau kualiti air Sungai Bernam tetapi ianya dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Status kualiti air sungai bagi Sungai Bernam untuk bulan Jun 2015 adalah dalam kategori BERSIH kelas II.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.