Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

90) SUNGAI KAMPUNG DESA AMAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah projek pembesaran sungai dan pembaikan tebing akan di sambung balik memandangkan ianya membahayakan penduduk di sekitar kawasan sungai tersebut?

    Projek pembesaran sungai dan pembaikan tebing di Kampung Desa Aman ditamatkan adalah disebabkan oleh pemilikan tanah persendirian di tebing sungai berkenaan. Ini menyebabkan tiada akses kepada kerja-kerja menaiktaraf sungai tersebut. Pada masa ini, perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk tindakan lanjut. Selain itu, pejabat Ahli Parlimen Selayang juga telah melantik juruukur untuk pengesahan sempadan di lot-lot berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.