Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

162) SURAT HAK MILIK TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Untuk makluman, penduduk di Bandar Sungai Buaya sehingga kini rumah yang mereka duduki masih lagi belum mendapat hak milik individu walaupun mereka telah menetap hampir 20 tahun. Apakah usaha usaha atau inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?

    Urusan pengeluaran hakmilik individu bagi penduduk Bandar Sungai Buaya melibatkan dua (2) hakmilik iaitu HSD 13214 PT 10454 (Blok 3) dan HSD 10782 PT 10456 (Blok 5). Permohonan pecah sempadan bagi kedua-dua hakmilik ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 11 Jun 2015 dan mewujudkan empat (4) hakmilik baharu iaitu:

     

    Hakmilik Asal No. Hakmilik Setelah Pecah Sempadan
    HSD 13214 PT 10454 (i)            HSD 53469 PT 16447

    (ii)          HSD 53470 PT 16448

    HSD 10782 PT 10456 (i)            HSD 53088 PT 16449

    (ii)          HSD 53089 PT 16450

     

    Walau bagaimanapun, urusan seterusnya iaitu pecah sempadan bagi pengeluaran hakmilik individu tidak dapat dilaksanakan pada masa ini atas faktor-faktor berikut:

     

    • Pihak-pihak yang berkepentingan telah membawa isu pemilikan dokumen hakmilik ke peringkat mahkamah dan masih belum selesai.

     

    • Terdapat Kaveat Pendaftar dan Kaveat Persendirian yang dimasukkan ke atas hakmilik-hakmilik tersebut.

     

    • Kesemua hakmilik mempunyai tunggakan cukai tanah yang belum diselesaikan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.