Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

213) SURATAN HAK MILIK TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon YAB nyatakan jumlah suratan hak milik tanah yang dikeluarkan dari tahun 2009 hingga sekarang dengan jumlah keluasan yang terlibat

    Berikut adalah jumlah suratan hakmilik yang telah dikeluarkan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, iaitu pemberimilkan di seluruh Negeri Selangor dari tahun 2009 sehingga 16 Mac 2015 mengikut kategori hakmilik dan keluasan tanah.

    KATEGORI HAKMILIK JUMLAH SURATAN

    HAKMILIK

    JUMLAH KELUASAN

    (HEKTAR)

    Bangunan  Perniagaan      Dan Kediaman  

    72,000

     

    7,338.7708

    Tanah Pertanian  

    2,662

     

    223,262.5771

    JUMLAH KESELURUHAN  

    74,662

     

    230,601.3479

    Sumber : Sistem Pendaftaran Berkomputer (SPTB)

    Pecahan secara terperinci untuk jumlah suratan hakmilik dan keluasan yang dikeluarkan mengikut Daerah adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

     

     

    DAERAH

    JENIS KATEGORI HAKMILIK (KEDIAMAN/

    PERNIAGAAN)

     

     

    METER

     

    JENIS KATEGORI HAKMILIK (PERTANIAN)

     

     

    HEKTAR

    PTG Selangor 61,784 67,619,826.01 383 5,104.1165
    Hulu Langat 2,499 936,290.99 80 41.9650
    Kuala Langat 225 260,032.38 89 54.6541
    Klang 1,012 1,347,297.74 129 75,258.6590
    Petaling 227 279,104.11 63 41.1147
    Gombak 3,643 849,134.41 114 80.3489
    Sabak Bernam 356 250,565.58 742 424.8962
    Hulu Selangor 1,128 461,154.81 254 141,750.0318
    Kuala Selangor 925 1,283,456.12 581 412.7533
    Sepang 201 100,846.07 227 94.0376
    JUMLAH 72,000 73,387,708.22 2,662 223,262.5771

     

Lampiran

Tiada Lampiran.