Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

188) SURUHANJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keberkesanan pengurusan bangunan bergantung kepada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB). Berapakah kakitangan COB yang terlibat dalam memantau perjalanan JMB seluruh Selangor mengikut PBT?

    Faktor kejayaan bagi keberkesanan pengurusan bangunan bukan bergantung pada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB) semata-mata. Berdasarkan analisis yang dibuat kepada JMB atau MC pangsapuri-pangsapuri yang berjaya, faktor utama yang mendorong kepada penyelesaian isu-isu JMB adalah kemahuan, komitmen dan kerjasama sesebuah komuniti pangsapuri itu sendiri untuk membuat perubahan menjadikan pangsapuri mereka kepada pangsapuri “Bersih, Ceria Dan Harmoni” di samping sentiasa mendapatkan nasihat daripada Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah waran perjawatan COB yang diwujudkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2008 mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:-

     

    BIL PBT JUMLAH WARAN PERJAWATAN
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 6
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 6
    3. Majlis Perbandaran Klang 6
    4. Majlis Perbandaran Subang Jaya 6
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6
    6. Majlis Perbandaran Kajang 6
    7. Majlis Perbandaran Selayang 6
    8. Majlis Perbandaran Sepang 6
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 6
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 4
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 4
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam 1

Lampiran

Tiada Lampiran.