Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

136) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Suruhanjaya ini untuk mengatasi kekurangan representasi bukan Melayu dalam perkhidmatan awam di Selangor?

    Apabila terdapat kekosongan jawatan yang perlu diisi Suruhanjaya akan
    mengiklankan kekosongan jawatan setelah dimaklumkan secara rasmi oleh Ketua
    Perkhidmatan iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha
    Kerajaan Negeri Selangor. Urusan pengiklanan ini akan dibuat sekurang-kurangnya
    dalam sebuah akhbar perdana berbahasa Melayu. Walau bagaimana pun,
    Suruhanjaya boleh mengikut budibicaranya yang difikirkan sesuai dalam menyiarkan
    iklan berkenaan selaras dengan perenggan 14 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
    Awam kerajaan Negeri Selangor (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
    Perkhidmatan) 2005.
    Oleh itu, Suruhanjaya telah membangunkan aplikasi laman web melalui alamat
    http://www.spn.selangor.gov.my sebagai medan hebahan iklan jawatan kosong.
    Dengan itu warga negeri Selangor boleh menyemak jawatan mengikut kelayakan
    masing-masing dan sekaligus memuat turun borang permohonan. Laman web
    Suruhanjaya akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.