Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

101) SYARAT KELULUSAN SEBUAH TASKA KOMUNITI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kelulusan sebuah taska komuniti ialah berlandaskan nisbah satu taska bagi bilangan 2500 penduduk. Apakah pihak PBT masih mengguna pakai syarat lama itu bagi meluluskan kewujudan sebuah taska sememangnya menjadi keperluan ibu bapa yang bekerja, khususnya para ibu tunggal bekerja? Apakah rasionalnya?

    PBT masih menggunapakai Garis Panduan sedia ada bagi kelulusan sesebuah taska kerana garis panduan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) iaitu :

    1. Manual Garis Paduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua) 2010: Cadangan Lain-Lain Kemudahan Pendidikan : Taska/Tadika/Tabika/Pra Sekolah & Tadika Swasta : nisbah satu taska bagi 2,500 orang mengikut tadahan penduduk; dan
    2. GP 027 : Garis Panduan Penubuhan Tadika & Taska 2012 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia : Di Kawasan Kediaman : nisbah satu taska bagi 200 unit

     

    PBT menggunapakai garis panduan ini memandangkan garis panduan ini merupakan satu panduan yang seragam yang dikeluarkan oleh JPBD yang menyelaras hal- hal berkaitan dengan perancangan. Sebarang perubahan terhadap garis panduan tersebut memerlukan penglibatan JPBD Semenanjung Malaysia dan Negeri sebagai penyelaras terhadap perancangan taska dan tadika.

Lampiran

Tiada Lampiran.