Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

62) SYARAT PENERIMA HADIAH MASUK IPT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pelajar yang tinggal di Petaling Jaya tidak layak menerima hadiah masuk universiti sebab lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang merupakan hospital terdekat. Mengapa syarat pemastautin yang diguna pakai untuk SMUE tidak digunakan untuk syarat layak terima hadiah masuk IPT?

    Syarat yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi skim Hadiah Anak Masuk Universiti pada tahun 2008 hanya kepada pemohon/ ibu/ bapa mestilah kelahiran Negeri Selangor dan tidak mengambil kira isu kelahiran di sempadan mahupun isu permastautinan.

    Walaubagaimanapun, bermula 1 Jun 2012 isu permastautinan telah dimasukkan sebagai syarat tambahan yang baru. Syarat permastautinan ini diberi kelonggaran yang mana tempoh permastautinan mencapai 11 tahun atau lebih sahaja yang layak untuk diberikan hadiah ini selagi syarat-syarat lain dipenuhi.

Lampiran

Tiada Lampiran.