Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

113) SYARAT-SYARAT KETAT TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT KEMUDAHAN AWAM YANG MENGOREK JALAN PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang memohon daripada PBT untuk menggorek jalan kerana kerja-kerja pemulihan kurang memuaskan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor mereka?

    Setiap PBT di Negeri Selangor telah mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh
    setiap pemohon/ syarikat utiliti yang ingin menjalankan kerja-kerja pengorekan jalan di
    dalam kawasan rezab PBT. Sejumlah wang cagaran dan fee akan dikenakan kepada
    pemohon yang ingin mendapatkan permit pengorekan jalan. Wang cagaran ini adalah
    pegangan kepada PBT bertujuan untuk membaiki semula jalan-jalan yang rosak
    sekiranya pemohon gagal membaiki semula jalan tersebut mengikut syarat dan
    kehendak majlis. Sekiranya PBT berpuashati dengan kerja pembaikan jalan tersebut,
    wang cagaran ini akan dipulangkan semula kepada pemohon. PBT mendapati kerjakerja pembaikan semula jalan kurang berkualiti disebabkan tiada pemantauan kerja
    yang kerap dan teratur dibuat oleh pemohon. Kerajaan Negeri berpendapat bahawa
    pemohon yang gagal mematuhi kehendak PBT dengan mengabaikan kualiti kerja boleh
    disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja dan prestasi
    kontraktor akan dilaporkan kepada Pusat Khidmat Kontraktor.

Lampiran

Tiada Lampiran.