SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TADIKA SWASTA
53) SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TADIKA SWASTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menubuhkan Tadika Swasta?
Syarat-syarat yang diperlukan untuk menubuhkan tadika swasta adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Kaedah-Kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran 1972-P.U. (A) 414/72 Subseksyen 20(1), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seperti berikut :
- Pemohon perlu membuat permohonan rasmi ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
- Melengkapkan borang permohonan (BPS1) bersama profil dan juga dokumen-dokumen sokongan yang
- Pemohon (Pengerusi), Guru Besar dan juga Ahli Lembaga Pengelola mestilah warganegara Malaysia
- Menyediakan premis yang sesuai dan dibenarkan bagi tujuan penubuhan tadika.
- Premis kediaman (lot tepi sahaja dibenarkan) dan perlu mendapat sokongan 10 orang jiran berhampiran.
- Premis perniagaan (penggunaan maksimum sehingga tingkat 2 sahaja dibenarkan).
- Premis sebuah/bangunan yang telah disediakan oleh pemaju/telah diwartakan khas untuk tujuan
- Menyediakan segala kelengkapan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai.
Bagi kelulusan operasi sepenuhnya, penubuhan tadika WAJIB memenuhi keperluan, syarat dan mendapat sokongan penuh kelulusan dari agensi- agensi berikut:
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing.
- Pihak Bomba dan Penyelamat
- Pihak Pusat Kesihatan Daerah
- Wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali penubuhan tadika atas nama pertubuhan yang telah (ROS)
- Pengambilan pelajar hanya pada kohort umur 4, 5 dan 6 tahun
- WAJIB menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
- Semua tenaga pengajar WAJIB mendaftar dan mendapat Permit Kebenaran Mengajar.
