Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

221) SYARAT-SYARAT WAJIB PEMAJU PERUMAHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat wajib yang dikenakan kepada pemaju perumahan semasa pembinaan projek sedang dilaksanakan?

     

    Pemaju perumahan perlu sentiasa memastikan unit rumah-rumah yang dibina dalam keadaan sempurna dan memuaskan sebelum diserahkan kepada pembeli unit rumah. Bagi memastikan ia nya sempurna, beberapa syarat wajib dikenakan kepada pemaju perumahan semasa pembinaan projek sedang dilaksanakan. Antara syarat-syarat wajib tersebut adalah:

     

    • Pihak pemaju dikehendaki mematuhi kelulusan Kebenaran Merancang (KM), Pelan Kerja Tanah, Pelan Infrastruktur (jalan dan perparitan), Pelan Bangunan dan Pelan Landskap yang telah diluluskan oleh pihak

     

    • Pihak pemaju juga dikehendaki mematuhi kelulusan pelan-pelan yang telah diluluskan oleh jabatan-jabatan teknikal seperti Pelan Bekalan Air Bersih oleh pihak Syabas, Pelan Sistem Rawatan Najis oleh pihak IWK, Pelan Kebombaan oleh pihak JBPM, Pelan Elektrik oleh pihak TNB dan Pelan Telekomunikasi oleh pihak SKMM.

     

    • Pihak pemaju juga dikehendaki mematuhi garis panduan dan dasar-dasar yang dikeluar oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor Darul Ehsan seperti kuota bumiputera, komposisi pembinaan seperti rumah kos rendah, Rumah Selangorku, rumah sederhana rendah dan kos sederhana. Manakala dasar KPKT seperti mendapatkan kelulusan lesen pemaju perumahan dan lesen iklan /

     

    • Pemaju juga perlu mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina dan orang awam di sekitar kawasan pembangunan semasa kerja- kerja pembinaan sedang

Lampiran

Tiada Lampiran.