Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

4) SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri terhadap GLC yang tidak proaktif dan mengalami kerugian yang berterusan?

    Kumpulan anak-anak syarikat MBI dibahagikan kepada dua sektor iaitu “Komersial” dan “Bukan Komersial” tertakluk kepada objektif penubuhan masing-masing.

    Pendekatan yang di ambil oleh MBI dalam menangani masalah anak-anak syarikat yang kurang proaktif dan mengalami kerugian yang berterusan adalah dengan mengkaji program-program yang dilaksanakan oleh entiti yang terlibat di mana fokus utama diberikan kepada perkara-perkara berikut:-

    – Objektif asal program-program terlibat;
    – Perincian pelaksanaan program;
    – Keberkesanan program-program di dalam mencapai objektif asal, samaada:

    i. Perbelanjaan secara berhemah dipraktikkan sepanjang pelaksanaan program;
    ii. Program-program tersebut masih relevan di dalam kontek semasa dan halatuju Kerajaan Negeri.

    – Penambahbaikan di setiap aspek pelaksanaan akan dilakukan sekiranya program-program tersebut masih relevan.

Lampiran

Tiada Lampiran.