Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

77) SYARIKAT BILLBOARD

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor

    Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar dan Garis Panduan Papan Iklan Luaran (Billboard) Negeri Selangor dan semua Pihak Berkuasa Tempatan telah pun melaksanakan semua arahan yang telah dikeluarkan. Semua syarikat telah dimaklumkan secara bertulis dan syarikat yang ingkar dengan tempoh masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, maka struktur yang terlibat akan dirobohkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.