Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

227) SYARIKAT GLC

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah pegawai-pegawai atasan di syarikat-syarikat GLC kerajaan Selangor menerima gaji dan bonus yang tinggi sedangkan kerajaan Selangor perlu berjimat cermat dalam perbelanjaannya?

    ALP KSSB berpandangan adalah wajar kakitangannya diberikan bonus atas kerja
    keras dan komitmen tinggi yang diberikan kepada kejayaan syarikat. Reward ini akan
    menjadi motivasi kepada pekerja untuk mempertingkatkan prestasi mereka dan juga
    syarikat.
    Gaji asas pegawai-pegawai KSSB adalah tidak setinggi kadar pasaran. Contohnya,
    gaji asas pengarah Eksekutif (Jurutera Perlombongan dengan pengalaman lebih 28
    tahun) adalah RM16,500, manakala gaji pasaran adalah sekitar RM30,000 ke
    Rm40,000 sebulan.
    Jumlah bonus KSSB untuk tahun 2008 dan 2009 hanyalah kurang dari 2% daripada
    pendapatan KSSB untuk tempoh yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.