Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

64) SYARIKAT YANG DITAWAR PROJEK MENGUTIP CAJ TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN MENARA MPAJ DAN PUSAT PERNIAGAAN DI JALAN PERUBATAN (SEBELAH HOSPITAL PANTAI PANDAN INDAH)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat yang manakah dapat tawaran projek mengutip caj tempat letak kereta di kawasan Menara MPAJ dan Pusat Perniagaan di Jalan Perubatan (sebelah Hospital Pantai Pandan Indah) dan sebab-sebab ia dilantik untuk mengutip caj tempat letak kereta

    Syarikat Gerak Kilat telah dilantik oleh pemaju / MC dan MPAJ telah meluluskan lesen
    sebagai operator tempat letak kereta mulai Mei, 2003 melalui UUK Tempat Letak
    Kereta MPAJ. Petak tempat letak kereta di kawasan tersebut adalah di bawah
    tanggungjawab pemaju kerana ia pembahagian secara hak milik strata/bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.