Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

291) SYIAH DI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ajaran agama Islam di Malaysia seharusnya berpaksikan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah berbanding fahaman seperti Syiah yang menyimpang. Apakah perincian penyimpangan ajaran syiah tersebut berbanding Ahlul Sunnah Wal Jamaah?

    Mufti Negeri Selangor di dalam Warta Kerajaan tahun 1989 telah menyatakan beberapa penyimpangan ajaran Syiah berbanding Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Antaranya adalah:-

     

    1.                  Penyelewengan Dari Sudut Aqidah

     

    1. Imam adalah Maksum

    (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al- Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al- Muzaffar, halaman 72).

     

    1. Kemunculan semula Iman Mahadi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan

    (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al- Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al- Muzaffar, halaman 83).

     

    • Berpura-pura

    (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi, Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhamad Bin Ya’kub Bin Ishak Al- Kulaini Al-Razi, halaman 217)

     

    1. Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah W.T.

    (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Sira’ Kafi oleh Al- Kulaini, Jilid 1, halaman 197)

     

    1. Menghalalkan Nikah Mut’ah

     

    (Sila lihat kitab Man La Yahduruhu Al-Fiqih oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Babawaih Al-Qummi, Juzu’ 1, halaman 358)

     

    1. Khalifah diwasiatkan secara nas

    (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha Al-Muzaffar, halaman 78)

     

    • Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia

    (Silat lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al- Kulaini, Juzu’1 halaman 146)

     

    • Muhammad Bin Hassan Al-Askari ialah Imam Mahdi Al-Muntazar (Sila lihat kitab As-Syiah Wa Al-Tasbih Al-Sira’ Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu, oleh Doktor Musa Al-Musawi, halaman 61)

     

    1. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah A.W

    (Sila lihat kitab Al-Anwar Al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah Al- Musawi, halaman 81)

     

    1. Menambah Syahadah seperti berikut :

    (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al- Kulaini Juzu’ 1, halaman 441).

     

    1. Menolak Hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah sekalipun hadith Mutawatir

    (Sila lihat buku Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al- Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, halaman 149)

     

    2.                  Penyelewengan Dari Sudut Syariat

     

    1. Menolak Ijma’ Ulama’

    (Sila lihat kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz Al-Imam Wilayullah Ahmad Abdul Rahim Al-Dahlawi, halaman 51)

     

    1. Menolak Qias

    (Sila lihat kitab Asli Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Bin Al- Husain Ali Kasyif Al-Ghita, halaman 149)

     

    • Mengamalkan Nikah Mut’ah

    (Sila lihat kitab Al-Nihayah Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa Al-Fatawa oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Hassan Bin Ali Al-Tusi, halaman 489-

    1. Kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin A- Hassan Al-Tusi, halaman 254,259,266)

     

    1. Menolak ‘Aul dan mendahulukan Qurabah dari ‘Asobah dalam masalah Pusaka

    (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Diantara Nas Dan Ijtihad) oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al- Mutahhar Al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101).

     

    1. Menuduh Abu Bakar, Umar Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah

    (Sila lihat kitab Al-Tafsir oleh Abu Al-Nadhar Muhammad Bin Mas’ud Bin ‘Iyasy Al-Salami Al-Samarqandi, Juzu’ 1, halaman 116)

     

    1. Hanya Ali menghimpun Al-Quran dengan sempurna

    (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al- Kafi oleh Al-Kulaini, Juzu’ 1, halaman 228)

     

    3.                  Pelbagai penyelewengan Umum

     

    1. Menziarahi Kubur Saidina Husain. Ganjaran Syurga

    (Sila lihat Al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Nu’kman Al-Askibri Al-Baghdadi Al-Mulaqqap Bin Al-Syeikh AlMufid, halaman 252).

     

    1. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram

    (Sila lihat kitab Al-Syiah Wa Al-Tashih Al-Sira’, Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa Al-Musawi, halaman 98)

     

    • Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi S.A.W. iaitu Saidanita Aishah dan Hafsah

    (Sila lihat kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur Husain, halaman 330)

     

    1. Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

    (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36)

     

    1. Sembahyang Dhuha adalah haram

    (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31)

     

    1. Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat

     

    (Sila lihat kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Ja’afar Muhamad Bin Al- Hassan Al-Tusi, halaman 122).

     

    • Imamah dan Khalifah daripada Rujuk Islam dan ianya berlaku melalui

    (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146)

     

    • Islam bukan Syarat wajibnya Haji

    (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

     

    1. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

    Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy – terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim.

Lampiran

Tiada Lampiran.