Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

3) TABUNG AMANAH PENDIDIKAN UNISEL (TAU)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria dan sasaran bagi Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan Skim Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) kepada pelajar-pelajar?

    Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor belum menetapkan sebarang bentuk tabung bantuan di UNISEL. Walaupun begitu, UNISEL telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan

     

    • Sasaran TAU adalah menjaga kebajikan pelajar dan membantu mereka mengurangkan beban kewangan bagi menyara diri ketika belajar, membeli buku dan membeli bahan-bahan untuk keperluan kursus. Bantuan ini menunjukkan UNISEL di bawah Kerajaan Negeri sangat prihatin membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

     

    • Pada masa hadapan UNISEL bercadang untuk menubuhkan Yayasan UNISEL, yang memberi penekanan kepada kebajikan pelajar dan pembangunan

     

    Tau menetapkan kriteria berikut untuk memberikan sumbangan:

     

    • Pelajar Islam :   Bagi  pelajar  yang  beragama  Islam,  mereka  yang   dalam kalangan keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, kategori asnaf dan penerima Zakat diberikan keutamaan menerima bantuan;

     

    • Bukan Islam :  Bagi  pelajar  bukan   Islam,   mereka   yang   dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah dan menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan pengajian diberikan keutamaan menerima bantuan;

     

    Pada 2 Mac 2018, TAU telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang memerlukan bantuan. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Presiden & Naib

Lampiran

Tiada Lampiran.