Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

13) TABUNG AMANAH PERKUBURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kerja-kerja yang sedang dan telah dilaksanakan melalui tabung ini di Daerah Kuala Selangor terutamanya di DUN Permatang.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Perkuburan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Segala permohonan berkaitan perkuburan daripada setiap Pejabat Daerah/ Tanah di Negeri Selangor akan dipertimbangkan di dalam mesyuarat tersebut.

    Menurut rekod, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah melaksanakan sebanyak empat (4) Projek Menaiktaraf Tanah Perkuburan pada tahun 2016, sebelas (11) projek pada tahun 2017 dan tiga (3) projek pada tahun 2018 yang melibatkan kos berjumlah RM1,521,644.83 dan kesemua projek tersebut telah siap dilaksanakan.

    Untuk makluman, baki Akaun Amanah Perkuburan bagi Daerah Kuala Selangor sehingga 31 Januari 2019 adalah berjumlah RM180,800.96. Perincian pelaksanaan projek-projek Amanah Perkuburan yang telah dilaksanakan dari tahun 2016 sehingga tahun 2018 oleh Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor adalah seperti berikut:

    BIL TAHUN NAMA PROJEK KOS (RM)
    1 2016 Membaikpulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Telok Penyamun Kg Kuantan, Daerah Kuala Selangor 98,332.78
    2 2016 Membaikpulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Terap Daerah Kuala Selangor 38,153.00
    3 2016 Membina Pagar Di Tanah Perkuburan Islam Kg Raja Musa Daerah Kuala Selangor 61,060.00
    4 2016 Membaikpulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Burong Batu 12, Daerah Kuala Selangor 106,870.00
    JUMLAH PERAKUAN PROJEK TAHUN 2016 304,415.78
    1 2017 Membaik Pulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Assam Jawa Daerah Kuala Selangor 109,190.00
    2 2017 Membaik Pulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Sg Gulang-Gulang Daerah Kuala Selangor 88,150.30
    3 2017 Membaik Pulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Permatang Daerah Kuala Selangor 101,388.25
    4 2017 Membaik Pulih Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya Daerah Kuala Selangor 88,200.00
    5 2017 Menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Bukit Cherakah Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor 135,387.50
    6 2017 Menaiktaraf Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Jeram, Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor 163,210.00
    7 2017 Menaiktaraf Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Simpang 3 Jeram, Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor 61,310.00
    8 2017 Menaiktaraf Kemudahan Asas Tanah Perkuburan Kg Seri Tiram Jaya Mukim Permatang Daerah Kuala Selangor 101,355.00
    9 2017 Membaikpulih Kubur Blok J Kg Blok CJO Tanjung Karang, Daerah  Kuala Selangor 22,650.00
    10 2017 Menaiktaraf Kawasan Perkuburan Islam Kg Sg Kajang Mukim Tg Karang 1 Daerah Kuala Selangor 91,858.00
    11 2017 Menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Kg Rantau Panjang Daerah Kuala Selangor 62,120.00
    JUMLAH PERAKUAN PROJEK TAHUN 2017 1,024,819.05
    1 2018 Menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah, Mukim Jeram, Kuala Selangor 53,830.00
    2 2018 Menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Batu 8 Ijok, Bestari Jaya Mukim Ijok, Kuala Selangor 69,430.00
    3 2018 Menaiktaraf Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Kajang Daerah Kuala Selangor 69,150.00
    JUMLAH PERAKUAN PROJEK TAHUN 2018 192,410.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,521,644.83

Lampiran

Tiada Lampiran.